Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

Yesterday
Frank Derek uploaded a new avatar. 02:52 PM
6 days ago
Khairol Azhar uploaded a new avatar for the group, 1MalaysiaSMS 12:14 AM
Khairol Azhar added a new wall post in the group, 1MalaysiaSMS 12:13 AM
Khairol Azhar added a new bulletin, Work From Home,Anywhere,Anytime 12:10 AM
Khairol Azhar updated group, 1MalaysiaSMS 12:03 AM
1 week ago
Hoh Kwan uploaded a new avatar. Mar 05
Buddy Nas added a new wall post in the group, Africans in Malaysia Mar 05
Khairol Azhar created a new group, 1MalaysiaSMS Mar 03
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
BM


Pemuda UMNO hanya mahu berdebat dengan Guan Eng PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:27

Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan isu peminggiran orang Melayu-Islam. Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan menegaskan pihaknya hanya mahu bersemuka dengan Guan Eng sahaja dan bukannya pihak lain. “Kalau dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” katanya. Beliau turut melabelkan pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.

Read more...
 
GMI mahu tahanan ISA dibenarkan jumpa keluarga PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:23

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa agar polis membenarkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka. Ianya disebutkan dalam memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diberi kepada Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar. Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan pihak mereka mahu tahanan ISA diberi peluang untuk mendapat khidmat guaman.

Read more...
 
UMNO tak bolah salah pilih calon – Shahrir PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:19

Datuk Shahrir Samad menegaskan kemenangan besar UMNO dan BN semasa pilihan raya umum 2004 menyebabkan pimpinan tertinggi membuat kesilapan dalam memilih calon semasa pilihanraya umum 2008. Semasa pilihanraya 2004, UMNO menguasai 101 ahli parlimen namun pada 2008 bilangan tersebut menurun kepada 78. “Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Pemilihan calon adalah tidak baik. Saya masih ingat sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen yang kita kalah kerananya,” katanya.

Read more...
 
Hadi kritik ahli parlimen Australia PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 20 February 2010 13:05

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik tindakan beberapa anggota parlimen Australia yang campur tangan dalam kes liwat melibatkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan perkara tersebut mesit mengikut sistem penghakiman negara dan tidak perlu pengaruh pihak luar. "Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.

Read more...
 
Zulkifli diberi peluang kedua PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 20 February 2010 12:54

Lembaga disiplin PKR memberi peluang kedua kepada Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin selepas satu mesyuarat diadakan. Timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali mendakwa Zulkifli sepatutnya menghadiri mesyuarat tersebut, namun beliau telah melarikan diri ke Korea Selatan. Zulkifli berada di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain yang akan pulang pada 25 Feb ini.

Last Updated on Saturday, 20 February 2010 13:14
Read more...
 
Anwar cabar Mahkamah Rayuan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 21:14

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau supaya dibatalkan pertuduhan. Selain itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memfailkan notis untuk menangguhkan perbicaraan kes bagi memberi ruang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.

Read more...
 
Zulkifli tidak boleh kembali kepada PAS PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 20:54

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin yang sedang dalam krisis bersama PKR tidak mungkin boleh kembali semula kepada PAS sekiranya disingkirkan PKR. Beliau berkata, Zulkifli tidak mungkin berpeluang untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang menggunakan tiket PAS. Sebelum ini, Zulkifli pernah mewakili PAS di Kuala Langat namun tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Read more...
 
DAP : Pemuda UMNO tak pandai demokrasi berparlimen PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 20:48

DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno yang membuat demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia tidak pandai mengenai demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Demonstrasi yang diadakan berhubung tindakan 50 ahli parlimen Australia yang menghantar surat rasmi supaya Malaysia menggugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more...
 
Kes liwat : Hakim tolak tarik diri, kes ditangguh 25 Mac PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:58

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguh perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keutusan tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diriterhadap perbicaraan kes tersebut. "Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Read more...
 
KJ nafi temui PM masalah Pemuda PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:48

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa beliau dipanggil betemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas masalah dalaman pemuda. "Perjumpaan dengan perdana menteri ini hanyalah kebetulan selepas berlakunya beberapa perkara dalam Pemuda Malaysia. Kita tidak membangkitkan isu tersebut. Hari ini kita bincang hala tuju Pemuda. Soal mesyuarat Pemuda sebelum ini tidak berbangkit. Kami bersatu-padu," katanya.

Read more...
 
Tahanan ISA warga asing dihantar pulang PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:37

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihantar pulang ke negara masing – masing. Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di mana paling dikehendaki di negara mereka. Selain itu, agensi perisikan dan anti keganasan antarabangsa turut memburu mereka.

Bagaimanapun Hishammuddin enggan menyatakan tarikh sebenar dan tempat warga asing itu ditahan. 27 Jan lepas beliau memaklumkan seramai 10 orang warga asing ditahan di bawah ISA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa. –Malaysia Today

 
Pemuda BN tolak campur tangan Australia PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:22

Pemuda BN membantah tindakan 50 ahli parlimen Australia yang cuba campur tangan dalam sistem kehakiman negara ini dengan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams. Ketuanya, Khairy Jamaluddin memaklumkan memorandum itu menuntut supaya pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Australia dan mahu Danby membuat permohonan maaf.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 330
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia