Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

2 days ago
suhaida and ir2376 are now friends 06:05 PM
5 days ago
S2Keng replied in a discussion DAP MEMUSNAHKAN NEGARA DAN IMEJ PAS 12:52 AM
S2Keng added a new wall post in the group, Kuala Lumpur 12:45 AM
1 week ago
Sam we are relocating to Dataran Sunway,Kota Damansara tel 03 61573763 Mar 15
Sam uploaded a new avatar. Mar 15
S2Keng joined the group PR Supporters Mar 14
S2Keng joined the group DAP SUPPORTERS Mar 14
S2Keng uploaded a new avatar. Mar 14
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
BM


Abdullah yakin Najib mampu selesai masalah kewangan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Tuesday, 21 October 2008 10:41

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak merupakan seorang pemimpin yang terbaik dan terharu dengan sokongan ikhlas yang diberikan selama ini. “Ada orang cakap kepada saya: ‘Pak Lah bagi jelapang kepada Najib, Pak Lah ambil senapang saja.’ Saya kata: “Tak apalah, janji semua selamat... Saya menghargai sokongan beliau selama ini. Saya beri perakuan bahawa Najib adalah pemimpin yang baik dan anda semua akan gembira bertugas bersama beliau,” katanya.

Abdullah menyatakan keyakinan beliau terhadap Najib untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan ketika dunia sedang mengalami krisis kewangan yang teruk. Najib pula menyatakan yang beliau bertuah kerana diberikan tugas tersebut ketika ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan kukuh. Beliau turut menegaskan Abdullah tidak boleh dipersalahkan berikutan kemelesetan ekonomi dunia. – Malaysia Today

 
PKR buat laporan polis penyelewengan Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 22:19

Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa membuat laporan polis mengenai Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter. Ianya dibuat selepas Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim membuat pendedahan di Parlimen mengenai surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services.

Surat tersebut menyatakan persetujuan kerajaan untuk membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan  helikopter pada keupayaan yang sama dengan nilai yang lebih rendah. Fariz mendakwa ianya menyerupai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. “Kes ini sama dengan skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, kami mahu ianya disiasat dan diambil tindakan,” katanya. –Malaysia Today

 
Khalid dakwa Bajet Selangor mewahkan rakyat PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 22:12

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membentangkan bajet sulung tahun 2009 kerajaan Negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) mendakwa bajet tersebut merupakan kemewahan untuk rakyat negeri itu. Antaranya ialah mengenai cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami dan bayaran elaun gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak. Selain itu juga cuti bersalin selama 90 hari diberi kepada kaum wanita yang bekerja.

Khalid memkalumkan program tersebut adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 lima tahun sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagaimanapun ianya masih dalam kajian. "Kita memikul kepercayaan dan amanah daripada rakyat untuk mengagihkan setiap sumber hasil yang diterima oleh kerajaan secara telus, adil dan saksama kerana hasil negeri merupakan hak rakyat yang perlu dikongsi bersama,” katanya. –Malaysia Today

 
Najib dakwa Malaysia selamat daripada krisis kewangan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 22:07

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Malaysia tidak berada dalam keadaan krisis kewangan dan ianya tidak sepatutnya dilabelkan sebegitu. Bagaimanapun beliau mengakui ekonomi negara kini tidak dapat mengelak daripada menerima kesan negatif berikutan masalah kewangan semasa. "Sambil kita berkeyakinan mengenai ketahanan sektor kewangan kita, kita beringat bahawa kegawatan kewangan di dalam pasaran lain akan memberi kesan terhadap ekonomi sebenar negara serta di seluruh dunia," katanya.

Najib turut memaklumkan pengurusan kesan impak ke atas ekonomi sebenar merupakan keutamaan yang paling utama disamping memastikan integriti sistem kewangan di negara ini. "Agak jelas, sektor ekonomi yang boleh diniagakan akan menerima kesan secara negatif," tambahnya. –Malaysia Today

 
Mahathir berhak buat kenyataan – Rais PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 22:03

Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kenyataan bagi membidas mereka yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan mengenai UMNO. "Banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu. Beliau ada locus standi untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.

"Kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau, jumpa beliau dan cakap secara berdepan dengannya. Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno," katanya. Beliau yang juga merupakan Menteri Luar turut kecewa dengan amalan politik wang yang semakin berleluasa dalam parti terbesar itu sejak kemerdekaan. –Malaysia Today

 
Sultan Kelantan kecewa dengan projek kerajaan Persekutuan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 22:00

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan kekecewaan beliau terhadap projek kerajaan Persekutuan di Kelantan yang masih belum dilaksanakan. Antaranya ialah pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang setakat ini baru mencapai 10 peratus pembinaan. Baginda berharap projek tersebut dipergiatkan lagi dalam rancangan Malaysia Ke-9 kerana pelakasanaan yang perlahan.

"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda. Baginda turut mahu projek seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli diambil perhatian. "Oleh yang demikian beta menyeru agensi yang terlibat memantau pelaksanaan projek yang dirancang supaya berjalan mengikut jadual. Beta juga mendapat maklum Kelantan adalah di antara negeri yang disenaraikan dengan projek hub halal dalam RMK-9 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta, bagaimanapun ia juga belum dilaksanakan," titah baginda. –Malaysia Today

 
Siarkan kritikan anggota parlimen BN PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 21:54

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mencadangkan agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan hujah daripada jentera kerajaan yang disuarakan anggota Parlimen di Dewan Rakyat yang bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan itu. Beliau berkata maklum balas antara anggota dan penyokong kerajaan akan menambahkan lagi nilai BN.

Abdul Ghapur turut menerangkang ianya boleh menghilangkan kekeliruan rakyat mengenai isu semasa dan meminta agar RTM mengkaji semula waktu penyiaran mereka. –Malaysia Today

 
Patuhi perlembagaan UMNO – Muhammad PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 21:49

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib mengingatkan anggota parti supaya mematuhi perlembagaan parti dan tidak terpengaruh dengan desakan pihak luar dalam menentukan kepimpinan parti. "Kita ada perlembagaan, peraturan, kita ada tatacara parti yang diwujudkan orang Melayu, tradisinya dan susur galurnya. Maka kita ikut peraturan dalam parti kita, jangan ada mana-mana pihak menyalahgunakan perkara ini," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan beliau sebagai berlagak kerana seolah – olah menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan." Muhammad yang merupakan calon untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO masih menaruh harapan untuk melayakkan diri bertanding pada bulan Mac nanti. –Malaysia Today

 
Majlis media kebangsaan dibentuk PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 21:42

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan sebuah majlis media kebangsaan akan dibentuk tidak lama lagi bagi mengenelapasti kelemahan yang terdapat dalam media di samping penyediaan maklumat yang lebih tepat. Beliau menyatakan cadangan itu telah pun dibawa ke kabinet dan ianya mendapat sambutan yang baik. "Pelbagai aspek perlu dikaji dan satu siri perbincangan sedang berjalan sebelum kita dapat menggubal dasar berkenaan.

"Saya percaya ini adalah platform yang tepat, pada masa yang tepat untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan organisasi media," katanya. Syed Hamid menegaskan penubuhan majlis itu tidak boleh dinilai sebagai langkah kerajaan untuk menyekat kebebasan media. "Menjadi tanggungjawab kita untuk menggubal satu dasar media kebangsaan yang mencerminkan identiti, nilai dan kepercayaan kita sebagai warga Malaysia,” tambahnya. –Malaysia Today

 
Berikan hak kepada rakyat pilih PM PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 10:29

Seorang perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 mencadangkan agar rakyat diberikan hak untuk memilih Perdana Menteri dan Timbalannya secara terus pada masa akan datang. Wakil Bahagian Puchong, Kow Cheong Wei menyatakan ianya bertujuan agar hanya individu yang sebenarnya layak dipilih untuk memerintah negara. Langkah tersebut menyerupai pemilihan Presiden di Amerika Syarikat yang sekali gus mengamalkan proses demokrasi yang nyata.

''Kita mahu cadangan ini dikaji dan bukan seperti sekarang apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya dilantik ke jawatan ini," katanya. Beliau turut membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mendakwa cadangan supaya jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah kepada dua. ''Kami mahu semua parti komponen BN mengiktiraf dan menghormati peranan MCA untuk menubuhkan Parti Perikatan bersama UMNO pada 1954 dan jawatan Timbalan Pengerusi BN yang bakal diwujudkan ini mesti benar-benar berfungsi," katanya. –Malaysia Today

 
Jangan buli UMNO PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 10:19

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan Gerakan supaya tidak membuli UMNO semata – mata untuk mendapatkan semula populariti di kalangan kaum mereka. Beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti memainkan sentimen hak Melayu dan bumiputera yang telah termaktub dalam kontrak sosial. Beliau berkata parti – parti komponen itu terpengaruh dengan dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan UMNO parti buli.

''Kalau UMNO membuli parti lain, UMNO tidak akan memberi peluang kepada wakil rakyat dari parti komponen untuk bertanding dalam pilihan raya di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu. Hakikat yang kita lihat, wakil rakyat Gerik merupakan wakil rakyat yang bukan dari UMNO dan beliau menang di situ," katanya. Beliau menyatakan kekecewaan beliau kerana parti komponen terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu melihat parti komponen BN berpecah. –Malaysia Today

 
Abdullah ada hak bidas Mahathir PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 20 October 2008 10:13

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhak untuk membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata Abdullah berhak untuk mengkritik dan membalas komen sebagaimana pemimpin lain termasuk Mahathir mengkritik beliau.

Syed Hamid turut menyatakan perkara yang sama turut berlaku ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. "Masa Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, orang lain bidas pada Dr. Mahathir, dia bidas balik. Ataupun Perdana Menteri luar negara bidas, dia hentam balik. Ini biasalah," katanya. –Malaysia Today

 
<< Start < Prev 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 Next > End >>

Page 227 of 331
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia