|
|
PKR seperti bayi belajar merangkak – Nik Aziz |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 10 March 2010 08:23 |
|
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan masalah yang melanda PKR baru – baru ini boleh diibaratkan seperti bayi yang baru belajar merangkak. "PAS seperti itu juga, sebelum ini. Sebelum kadi kuat, ada juga ahli yang meninggalkannya,” katanya. Beliau menambah tindakan ahli melompat parti merupakan perkara biasa yang berlaku kepada parti baru. "Sebelum parti menjadi kuat, kita terpaksa menerima perkara seperti itu,” tegasnya lagi. |
|
Read more...
|
|
|
Negeri kami lebih baik dari BN – Pakatan |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 09 March 2010 06:32 |
|
Pakatan Rakyat mendakwa negeri di bawah penguasaan mereka adalah lebih baik daripada negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Mereka mendakwa berdasarkan petunjuk prestasi ekonomi, jumlah pelaburan, bilangan projek yang diluluskan serta program kebajikan yang diadakan menunjukkan mereka lebih baik daripada BN. Negeri Selangor mencatat pelaburan sebanyak RM6.76 bilion tahun lalu. |
|
Read more...
|
|
Mahkamah : Pemecatan Anwar sah |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 09 March 2010 06:27 |
|
Mahkamah Persekutuan mengumumkan bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, sebagai raja berperlembagaan mempunyai hak untuk bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet untuk membatalkan pelantikan . |
|
Read more...
|
|
Anwar sedia serah jawatan kepada DAP |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 March 2010 07:20 |
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan yang beliau sanggup menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada DAP kerana parti itu medominasi jawatan di parlimen untuk Pakatan Rakyat. “Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan. Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya. |
|
Read more...
|
|
Muhyiddin nafi pilihanraya di Perak |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Sunday, 07 March 2010 08:42 |
|
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa pilihanraya Perak akan diadakan serentak dengan pilihanraya Sarawak. Beliau menegaskan perkara tersebut tidak perlu disuarakan lagi kerana isu di Perak telahpun selesai. "Masih ada lagi tiga tahun sebelum sampai tempoh hayat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, jadi yang penting sekarang bila mandat telah disahkan, kesahihan sudah tidak dipersoalkan, kita bekerjalah," katanya. |
|
Read more...
|
|
|
Written by Syah
|
|
Sunday, 07 March 2010 08:38 |
|
PKR bertindak memecat Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin seperti dimaklumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua namun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta. Selain itu, Zulkifli turut diminta untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi beliau pada pilihanraya umum 2008. |
|
Read more...
|
|
Benarkan MP letak jawatran bertanding – PAS |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Sunday, 07 March 2010 08:33 |
|
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mencadangkan agar Akta Pilihan Raya yang menghalang wakil rakyat yang telah mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula. Beliau berkata, ianya perlu bagi membuktikan bahawa beliau masih mempunyai pengaruh di kawasan tersebut. "Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan. Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh. Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat," katanya. |
|
Read more...
|
|
MP ‘Buaya di balik batu’ – Nik Aziz |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Friday, 05 March 2010 17:50 |
|
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas adalah seperti "buaya di sebalik batu". "Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya. Baru – baru ini tiga wakil parlimen daripada PKR bertindak keluar parti dalam masa yang terdekat. Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). |
|
Read more...
|
|
ADUN BN Kelatan tak sokong usul royalti – Alwi |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 03 March 2010 15:01 |
|
Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menegaskan semua ADUN BN di Kelantan tidak menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak kepada mahkamah. Beliau memaklumkan semasa usul itu dibentangkan, semua wakil rakyat BN tiada di dewan. Bagaimanapun beliau menyokong usul itu untuk dibahaskan. Bagaimanapun ADUN BN tidak bersetuju dengan usul ADUN Pulau Chondong, Zulkifli Mamat yang mahu Petronas menjelaskan bayaran dengan kadar segera. |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 2 of 331 |