|
|
Written by Syah
|
|
Friday, 12 February 2010 15:23 |
|
Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan untuk keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Beliau menjelaskan bahawa beliau akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya serta tidak menyokong BN. "Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana tidak timbul. Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," tegasnya. |
|
Read more...
|
|
|
PAS boleh berbincang dengan UMNO – Anwar |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 11 February 2010 06:52 |
|
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PAS tidak dihalang sama sekali untuk berbincang dengan mana – mana parti sekalipun termasuk UMNO. "Tidak ada masalah bincang dengan sesiapa. Kita tidak pernah melarang perbincangan," katanya. Beliau berkata, PAS akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa dan menegaskan PAS mempunyai prinsip bersama Pakatan Rakyat menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa. |
|
Read more...
|
|
Anwar serah polis siasat ugut bunuh Saiful |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 11 February 2010 06:46 |
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah siasatan dakwaan ugutan bunuh terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pihak polis yang diterima melalui laman peminat facebook ketua pembangkang itu. Beliau berkata, polis perlu menyiasat individu yang bertanggungjawab menghantar komen tersebut. Sebelum ini, Mohd Saiful membuat laporan polis terhadap ancaman bunuh yang diterima melalui laman peminat Anwar. Bagaimanapun Anwar memaklumkan komen tersebut dipadam tidak lama selepas itu. |
|
Read more...
|
|
Qazaf : Jamil bantah permohonan Anwar |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 10 February 2010 10:59 |
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, memfailkan bantahan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah. |
|
Read more...
|
|
Nizar tak layak sebab hilang majoriti – Hakim |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 10 February 2010 10:54 |
|
Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh mentadbir Perak kerana beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri. Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria berkata membenarkan Nizar berkuasa akan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Bagaimanapun beliau menjelaskan keputusan tersebut tidak bermakna perkara tersebut telah tamat. |
|
Read more...
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 10 February 2010 10:48 |
|
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed memaklumkan beberapa kes berprofil tinggi telah pun dijalankan dan kini ianya dibawah Pejabat Peguam Negara. Antara kes tersebut adalah seperti kes bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said. "Saya berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya. |
|
Read more...
|
|
Malaysia ke arah monarki mutlak – Nizar |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 10 February 2010 10:44 |
|
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menunjukkan Malaysia ke arah monarki mutlak. Beliau menegaskan adalah tidak perlu mengadakan pilihanraya kerana raja boleh menentukan siapa yang berkuasa. “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan,” katanya. |
|
Read more...
|
|
Muktamad : Zambry Menteri Besar Perak |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 09 February 2010 11:31 |
|
Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak yang sah. Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff mengetuai lima panel hakim dalam mendengar kes tersebut. Antara yang lain ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan. |
|
Read more...
|
|
Khir Toyo risau niat Nik Aziz, Hadi ada campur tangan |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 09 February 2010 07:43 |
|
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata kesediaan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri, Dr Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan UMNO mungkin boleh berubah apabila terdapat campur tangan daripada pihak lain sama ada daripada dalam PAS ataupun Pakatan. Sebelum ini, mursyidul am PAS itu ada membuat kenyataan untuk duduk semeja berbincang dengan UMNO berhubung isu agama daripada meneruskan pertelingkahan sesama mereka. Abdul Hadi yang merupakan Presiden PAS turut menyokong kenyataan tersebut. |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 4 of 330 |