|
|
Seludup pasir : 3 kakitangan awam didakwa |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 09 February 2010 07:37 |
|
Tiga penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru atas tuduhan menerima rasuah, masing-masing sebanyak RM2,000, RM4,000 dan RM1,900, berhubung kes penyeludupan pasir. Pegawai Kastam Suhaimi Abdul Wahab, 36, Abdul Ghani Hitam, 37, dari Jabatan Tanah dan Galian Johor dan Md Noor Md Yatim, 54, dari Cawangan Khidmat Sokongan Marin di Tanjung Surat, Kota Tinggi bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Sementara itu, Suhaimi dari cawangan eksport Jabatan Kastam di Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah yang didakwa menerima RM2,000 daripada Sendry Ugi, 34, di sebuah bilik di Hotel Grand Blue Wave di Johor Bahru pada jam 5.20 petang, 28 Mei tahun lalu. |
|
Read more...
|
|
|
Perak rumit jika Nizar menang – Pakar perlembagaan |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 19:16 |
|
Pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari menyifatkan keadaan di Perak akan menjadi lebih rumit sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan esok berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin. "Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” katanya. Profesor undang-undang itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry telah banyak membuat keputusan ketika 'pemerintahan' Barisan Nasional. “Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan sebagai tidak sah,” jelasnya. |
|
Read more...
|
|
Saya silap, tendang saya – Ketua SPRM |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 19:16 |
|
Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed yang baru sahaja dilantik memegang jawatan tersebut berharap agar beliau diberikan peluang untuk membuktikan ketelusan badan itu. Beliau mengakui terdapat beberapa kontrovesi yang menjejaskan badan tersebut dan menjelaskan SPRM perlu meyakinkan rakyat bahawa mereka bebas. “Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin 'membunuh' SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya. |
|
Read more...
|
|
PKR wajibkan penyokong hadir kes Anwar |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 19:16 |
|
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bermula pada hari ini semua negeri akan diwajibkan bergilir-gilir hadir di perbicaraan kes liwat ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau berkata, tindakan ini akan membantu jumlah penyokong yang hadir mencecah angka ribuan. "Kita harap sekurang-kurangnya 300 anggota daripada lima cabang hadir setiap hari. Kehadiran diwajibkan kepada dua cabang PKR di Selangor, dua cabang di Wilayah Persekutuan dan satu cabang dari negeri-negeri lain akan bergilir-gilir hadir di mahkamah setiap hari," katanya. |
|
Read more...
|
|
UMNO sedia berunding dengan PAS |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 19:15 |
|
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan parti itu sentiasa membuka ruang kepada PAS untuk membincangkan isu agama dan orang Melayu. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata menegaskan UMNO sedia pada bila – bila masa sahaja untuk berunding namun PAS perlu bersungguh – sungguh untuk melaksanakannnya. "Umno sejak dulu lagi sedia untuk berunding dengan Pas dalam apa juga isu, bagaimanapun mereka yang sentiasa berdolak-dalik dan mengenakan pelbagai syarat," katanya. |
|
Read more...
|
|
|
Hindraf tak mahu kerjasama dengan Pakatan |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 18:48 |
|
Adik beradik Hindraf, Waythamoorthy dan abangnya Uthayakumar menolak untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang. “Sebarang perdebatan mengenai Hindraf menyokong PR pada pilihan raya akan datang umpama memukul kuda yang mati. Persoalan itu tidak timbul sama sekali,” jelas Waytha. Beliau menjelaskan mereka sanggup bekerjasama dengan sesiapa demi perubahan namun bukan pakatan untuk pilihanraya. Tiada sesiapa akan dibenarkan menunggang Hindraf atau sokongan masyarakat India di negara ini,” tegasnya. |
|
Read more...
|
|
Liwat : Pembela mahu hakim dilucutkan |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 11:59 |
|
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok selepas permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah supaya dilucutkan jawatan daripada mendengar perbicaraan tersebut. Ianya berhubung penggunaan perkataan ‘lagi’ oleh Utusan yang dipertikaikan pihak pembelaan. Perbicaraan hari ini sepatutnya pihak pembelaan perlu menyoal Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
Read more...
|
|
PAS sedia bekerjasama dengan UMNO – Hadi |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 11:53 |
|
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu sedia untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik. Beliau menjelaskan amalan tersebut merupakan dasar PAS yang sentiasa mengemukakan cadangan dan pendirian. "Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," jelasnya. |
|
Read more...
|
|
Isu Allah, isu politik bukan isu agama – Chua |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 08 February 2010 11:48 |
|
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng menegaskan isu penggunaan kalimah Allah yang menyebabkan pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah isu politik dan bukannya isu agama. Beliau menyifatkan UMNO menggunakan isu tersebut untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun apa yang berlaku PAS dan Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah tersebut. |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 326 |